27 September 2013

Program Pengurusan Jenazah











Praktikal Solat Jenazah



Cenderahati kepada Penceramah

PW LIHAMI BIN AWANG
PESARA KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA

Bacaan Yassin Untuk Bekas Murid SKTP

antara guru perempuan yang hadir 


Bacaan Yassin Untuk Bekas Murid SKTP yang terlibat dalam kemalangan..

26 September 2013

Aktiviti Hari ini



Pasang LCD



hias laman

Hari Terakhir

Tanggal 26 September 2013 merupakan hari terakhir Ustazah Rosini Binti Che Mut di Sek. Kebangsaan Tebuk Pancur. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini dari tahun 2006. dan akan meneruskan perkhidmatan beliau ke Sek Keb. Pagar Besi, Batu Rakib, Terengganu.

Pn. Norliza Bersama Ustazah Rosini  - Jamuan daripada Ustazah Rosini

Amanat terakhir untuk Murid-murid tersayang

Sebahagian murid yang bersedih dengan perpisahan ustazah Rosini

bersedih....


Kenangan  Cik Ezreen dan Pn. Norliza Bersama Ustazah Rosini

24 September 2013

Matlamat Surau AnNur



Objektif Surau AnNur



Piagam Pelanggan



Tranformasi Surau Annur

Surau Annur Dahulu Dan Sekarang
Surau Annur ini telah dibina pada tahun 1996 atas inisiatif guru besar ketika itu En. Yusuf b. Bakar. Beliau telah menggerakkan satu jawatankuasa pembinaan musolla Sekolah Kebangsaan Tebuk Pancur yang terdiri daripada guru-guru dan ajk PIBG. Jawatankuasa ini berperanan untuk mencari dana bagi membiayai pembinaan surau tersebut. Usaha jawatankuasa ini telah mendatangkan hasil apabila pihak kerajaan memberi bantuan kewangan bagi membiayai pembinaan surau tersebut.
                Dengan peruntukkan yang diperolehi, sebuah surau dua tingkat telah dibina pada tahun 1996. Pada awalnya, bahagian bawah surau merupakan sebuah dewan terbuka dimana ianya tidak mempunyai dinding. Bahagian bawah ini digunakan untuk menjalankan akitviti seperti ceramah, aktiviti kokurikulum, dan sebagainya. Akibat dari keperluan yang mendesak, pihak sekolah telah berusaha untuk memasang dinding agar PDP dapat dijalankan dibahagian bawah surau. Pada ketika itu, kekurangan bilik darjah merupakan satu perkara yang memaksa pihak pentadbiran mengambil langkah tersebut. Kerja-kerja memasang dinding telah dibayai oleh YB ADUN Gunung Semanggol pada ketika itu.
                Pada masa itu, pengurusan surau tersebut diletakkan di bawah pengendalian Panitia Agama Islam yang hanya mempunyai dua seorang ustaz dan seorang ustazah. Kekangan masa dan tenaga membuatkan surau tersebut agak sukar diuruskan dari aspek keceriaan dan sebagainya. Surau ini juga pernah memasuki pertandingan, tetapi tidak berjaya mencapai seperti apa yang diharapkan/
                Reformasi pendidikan berlaku, pertambahan kakitangan ustaz dan ustazah meliputi Program JQAF telah memberi nafas baru kepada surau ini. Pertambahan tenaga telah membuatkan surau ini mengalami perubahan yang drastik. Kesepatan dari kalangan ustaz dan ustazah serta sokongan dari guru-guru telah banyak merubah rupa surau tersebut. Begitu juga dengan kerjasama yang diberikan oleh komuniti setempat dalam mengadakan gotong-royong seperti mengecat, membersihkan kawasan serta aktiviti keceriaan lain.
                Dengan sumber kewangan melalui infak orang ramai juga turut membantu pihak pengurusan surau mengadakan kelengkapan seperi langsir, cat, peralatan letrik dan sebagainya. Usaha ini dapat menambahkan lagi keceriaan surau tersebut.

                Selain itu, keselesaan murid dalam menghadapi PDP juga dipertingkatkan. Banyak aktitivi agama dijalankan disini. Begitu juga altiviti lain seperti bercerita, pertandingan nasyid, aktivit persatuan, unit beruniform dan sebagainya. Surau ini telah diimarahkan dengan sebaiknya. Segala usaha ini telah dapat dikecapi oleh semua pihak. Diharap peranan surau ini dapat dinikmati berterusan demi kebaikan warga Sekolah Kebangsaan Tebuk Pancur. Diharap juga surau ini akan dapat mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Tebuk Pancur suatu ketika nanti.